Apa lagi orang Cina mahu?
Oleh
ZULKIFLEE BAKAR
KUALA LUMPUR 6 Mei
- Masyarakat Cina gagal dalam usaha mereka untuk menumbangkan kerajaan Barisan
Nasional (BN) yang orang Melayu menjadi terasnya.
Kegagalan itu sudah
tentulah mengecewakan mereka yang amat berharap dalam Pilihan Raya Umum Ke-13
(PRU-13) ia menjadi medan untuk mereka 'menguburkan' UMNO melalui kejayaan
pakatan pembangkang.
Biarpun mereka
melakukan gerakan yang dilihat bersepadu di seluruh negara dengan memastikan
hampir semua undi diberikan kepada parti cauvinis, DAP dan calon-calon pakatan
pembangkang lain khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) namun ia belum cukup
menumbangkan kepimpinan BN yang UMNO menjadi tonggak utama.
Justeru tidak
hairanlah, semalam puak-puak yang dianggap tidak tahu mengenang budi ini
melakukan tindakan yang memualkan apabila melancarkan apa yang dipanggil silent
walk.
Program itu
bertujuan menyatakan protes kononnya PRU-13 dijalankan secara tidak bersih dan mereka
mahu rakyat bangkit melakukan protes berjalan secara senyap di
kompleks-kompleks membeli-belah.
Malahan dalam laman
Facebook dan Twitter tersebar gambar perbuatan biadab sekumpulan remaja Cina
yang bergambar bersama Jalur Gemilang yang diterbalikkan.
Persoalannya apa
lagi yang puak- puak ini mahu dalam bahasa mudah, 'apa lagi orang Cina mahu'!
Tidak cukupkah DAP memenangi 38 kerusi daripada 51 kerusi yang parti itu
tandingi dan seterusnya menjadikan ia parti dominan dalam pakatan pembangkang.
Mungkin kekecewaan
mereka biarpun diberi layanan yang begitu istimewa oleh kerajaan BN kerana
pakatan pembangkang gagal memerintah.
Mereka membuat
percaturan jika pakatan pembangkang menang ia akan membolehkan Ahli Parlimen
Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik Perdana Menteri dan Ahli
Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri Kedua.
Melalui cara itu,
mereka berharap ia boleh dijadikan platform untuk membuat pelbagai tuntutan
termasuklah mungkin menganggu gugat hak orang Melayu yang sudah termaktub dalam
Perlembagaan.
Hakikatnya,
masyarakat Cina sememangnya sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki kuasa
politik yang kuat.
Berikutan kesediaan
PKR dan PAS bekerjasama dengan DAP, masyarakat Cina melihat PRU-13 peluang terbaik,
justeru mereka keluar habis-habisan mengundi dan memberi isyarat untuk menolak
BN.
Segala kebaikan
yang ditunjukkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempelopori gagasan 1Malaysia
langsung tidak dihargai.
Malahan kesudian
Perdana Menteri melayani dan mempertimbangkan serta bertemu dengan pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) cauvinis Cina, Dong Zhong turut dilupakan begitu sahaja.
Begitu juga dengan
pelbagai program, projek dan tuntutan masyarakat Cina yang hampir
keseluruhannya dilaksana dan dipenuhi oleh kerajaan BN.
Tetapi ternyata,
mereka menjadi kelompok yang tidak tahu membalas budi. Mereka hanya bijak
bersandiwara di hadapan pemimpin-pemimpin BN dengan tujuan memperoleh apa yang
mereka hajati.
Apa yang mereka
pohon diluluskan tetapi undi diberi kepada DAP. Kini mereka cuba pula hendak
mencetuskan suasana tidak tenteram apabila melakukan pelbagai protes yang boleh
membangkitkan kemarahan orang Melayu.
Kelompok seumpama
ini perlu diperingatkan bahawa jangan sampai mereka dilihat terlalu melampau
untuk membuat tuntutan politik mereka kerana kesabaran orang Melayu ada hadnya.
Dan apa yang pasti
seperti mana kata bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam;
''... mereka kata orang Melayu rasis sebaliknya, kali ini mereka sangat
rasis.''
Artikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130507/px_03/Apa-lagi-orang-Cina-mahu#ixzz2Tbd8Ctw2
©
Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment